Tarikh Dan Masa Hari Ini

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERUNIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG BLOG YANG KE

counter

Madah Semangat & Disiplin

"Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnahkan."

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK



Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...


Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.

Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.

Langkah membina laman blog ini
di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.

Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki s
egala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.

Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah

" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"


Sekian

Wassalam



Hariri b Kamaruddin
PENGERUSI PERUNIKA TNB
CAWANGAN NEGERI PERAK
;

BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012

PENGERUSI KEHORMAT
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )

NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )

SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )

PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )

BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )

PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )

PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
Zanian bin Ismail ( Ipoh )
A.Radzis bin Jaafar ( SJ.Cameron Highlands )
Tajul Amiruddin bin Tajul Ariffin ( SJ.Kenering )
Abd Hadi bin Taib ( PMU Ayer Tawar )

;

KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB

KENDERAAN POLIS BANTUAN  TNB
KENDERAAN UNIT SIASATAN

POLIS BANTUAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 )

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Uda Holding

Semasa Sentral

Petronas

Felda Security

Utusan Melayu (M) Berhad

Pos Malaysia Berhad

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kementerian Penerangan

Bursa Malaysia (BSKL)

Puncak Niaga Sdn. Berhad

Persada Sungai Besi (AADK)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rapid KL

Maju Holding Sdn. Berhad

Astro

Keretapi Tanah Melayu Berhad


Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-

Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan

Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

Jumaat, 28 Ogos 2009

Carta Organisasi Anggota JPKR SJSAS TNB Janamanjung

baru baru ini Anggota JPKR Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung telah menyusun semula kekuatan anggota di carta organisasi JPKR khususnya di penempatan TNB Janamanjung Sdn.Bhd.




Hasil Carta yang telah siap di gantung di Pos Harimau Satu SJSAS
Konst.PB M.Fazlie dan Konts PB M.Rashidi membuat kerja kerja sentuhan terakhir pada carta

di harap lain lain penempatan dapat mengemaskini carta carta organisasi JPKR agar memudahkan pihak pihak PDRM atau TNB mengenalpasti anggota PB kita di sesuatu penempatan.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa


Assalammualaikum Ahli Perunika JPKR TNB yang melayari Blog ini, Warga Persatuan Perunika JPKR TNB negeri Perak ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Muslimin & muslimat, Mudah mudahan Ramadhan kali ini kita mencapai sasaran Rahmat dan Nikmat dari Allah..

Ameen ...



Konvensyen W.I.T ICC di Dewan serbaguna TNB Bangsar

Pada 17 ~ 19 hb yang lepas Unit KGN Perak, KG Hydro dan Unit KG Janamanjung masing masing menghantar 3 orang wakil ke Konvensyen WIT ICC di dewan serbaguna TNB Bangsar .
Penginapan di sediakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Sebanyak 14 buah kumpulan menyertai Konvensyen tersebut. Wakil dari negeri perak di jemput sebagai pemerhati pada konvensyen tersebut.

pada malam akhir tersebut di adakan pula majlis makan malam kualiti bermula jam 8 sehingga 12 malam. banyak acara di selang selikan dengan cabutan bertuah. KGN Negeri Perak tidak ketinggalan mendapat hadiah cabutan tersebut..

lihatlah gambar gambar yang di paparkan...










Jumaat, 14 Ogos 2009

Program Sua Mesra TNBJ bersama Masyarakat Kampung

Salam kepada semua,

26 Julai 2009 Satu Program Sua Mesra TNBJ bersama Masyarakat Kampung telah di adakan Anggota JPKR TNB Janamanjung terlibat dalam menjayakan program tersebut , antara aktiviti yang di jalankan pada program tersebut ialah Konvoi berbasikal dari stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung , Gotong royong memasak & mengemas surau , Sukan Rakyat dan Sesi sua kenal antara penduduk kampung dan warga kerja anggota TNBJ. Majlis berjalan dengan meriah dan suasana harmoni.





Sabtu, 1 Ogos 2009

Ujian Bertulis Kenaikan Pangkat / Gread JPKR

Pada 22hb Julai yang lalu, Jabatan Perkhidmatan koporat telah mengadakan satu ujian bertulis kepada bakal bakal anggota JPKR yang layak untuk menduduki peperiksaan kenaikan pangkat dan Gred bagi zon Utara meliputi Perak , P.Pinang , Kedah & Perlis . berlangsung di Pejabat TNBD Kuala Kangsar . Sesi tersebut di adakan pada jam 10 pagi yang di hadiri dari 58 Anggota JPKR zon Utara. Turut hadir ialah KG SJSAS TNB Janamanjung Tuan Mat Daud Hj.Gimo selaku pemerhati mewakili pihak KGN negeri Perak Tuan Jeffry Robert yang tidak dapat hadir pada hari tersebut di atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan.

Manakala wakil dari Jabatan Koporat turut hadir memberikan sedikit penerangan serta Tips bagi mengadapi peperiksaan serta menghadiri temuduga nanti. Walaubagaimana pun sesi sebegini di lihat amat penting kepada Anggota JPKR bagi meningkatkan prestasi kerja pada masa depan.

di akhir peperiksaan tersebut sesi dialong juga di adakan selama 20 minit bagi merungkai segala permasalahan yang timbul dan berbangkit dapat di jawab bagi pihak koporat pada sesi tersebut. usaha yang berterusan sebegini pihak jabatan koporat untuk anggota JPKR adalah amat di alu alukan semoga hubungan dalaman antara kita terus mesra dan berkekalan sebegini sampai bila bila mudah mudahan Insya Allah

sekian sahaja....
Wassalam