Tarikh Dan Masa Hari Ini

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERUNIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG BLOG YANG KE

counter

Madah Semangat & Disiplin

"Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnahkan."

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK



Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...


Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.

Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.

Langkah membina laman blog ini
di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.

Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki s
egala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.

Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah

" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"


Sekian

Wassalam



Hariri b Kamaruddin
PENGERUSI PERUNIKA TNB
CAWANGAN NEGERI PERAK
;

BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012

PENGERUSI KEHORMAT
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )

NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )

SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )

PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )

BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )

PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )

PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
Zanian bin Ismail ( Ipoh )
A.Radzis bin Jaafar ( SJ.Cameron Highlands )
Tajul Amiruddin bin Tajul Ariffin ( SJ.Kenering )
Abd Hadi bin Taib ( PMU Ayer Tawar )

;

KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB

KENDERAAN POLIS BANTUAN  TNB
KENDERAAN UNIT SIASATAN

POLIS BANTUAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 )

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Uda Holding

Semasa Sentral

Petronas

Felda Security

Utusan Melayu (M) Berhad

Pos Malaysia Berhad

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kementerian Penerangan

Bursa Malaysia (BSKL)

Puncak Niaga Sdn. Berhad

Persada Sungai Besi (AADK)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rapid KL

Maju Holding Sdn. Berhad

Astro

Keretapi Tanah Melayu Berhad


Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-

Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan

Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

Khamis, 2 September 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H






Assalammualaikum

Buat semua Ahli Perunika TNB Cawangan Negeri Perak dan Ahli Perunika yang melayari Blog ini, di kesempatan yang ada kami ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan Syawal , semoga Hari Raya kali ini bermakna, sambutlah dengan keriangan bersama keluarga tercinta. dan berhati hati di jalanraya.




Rabu, 11 Ogos 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN KEMASYARAKATAN (CSR)

GERIK : Seramai hampir empat puluh orang anggota Jabatan Perkhidmatan Keselamatan dan Risikan(JPKR) bersama beberapa orang penduduk kampung telah menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan masjid dan kawasan perkuburan di Kampung Tawai Gerik pada pagi 24 Julai yang lalu.

Anggota JPKR yang hadir pada pagi itu diberikan sedikit taklimat ringkas dan pembahagian tugas oleh Ketua Gerakan Hidro Perak,Tn Hisamuddin Abu bakar.Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan kerana kedudukan masjid dan tanah perkuburan agak jauh sedikit.

Mereka juga turut mendapat kerjasama dari penduduk kampung ,dimana Ketua kampung itu Hj Wahi bin Dolah Ahmad turut serta dalam aktiviti membersih tanah perkuburan dan sekitarnya.

Dalam aktiviti itu juga dijalankan satu program kemasyarakan iaitu memberi sedikit sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai anak seramai sepuluh orang.Beliau ialah Puan Saripah binti Che Mat yang telah kehilangan suami beberapa tahun yang lalu,bekerja mengambil upah menoreh getah dan tidak dapat meneruskan persekolahan anak-anaknya kerana kesempitan hidup.

Sumbangan itu disampaikan oleh Tn Hisamuddin Abu Bakar,juga mewakili pihak JPKR Hidro Perak.Dengan sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu keluarga beliau mengharungi bulan ramadan yang akan tiba nanti.

Dalam aktiviti yang dijalankan pihak JPKR juga telah menyediakan minum pagi dan makan tengah hari yang disediakan oleh penduduk kampung itu.

Isnin, 9 Ogos 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Bil 1/2010 di Bersia, Gerik

6 Ogos ( Jumaat ) - Satu Mesyuarat Jawatankuasa PERUNIKA telah di adakan di bilik mesyuarat Stesen-stesen janaelaktrik , Bersia Gerik Perak. Mesyuarat bermula jam 10 pagi, Ini adalah mesyuarat pertama setelah perlantikkan baru yang di adakan pada mesyuarat Agung tempohari. Mesyuart kali ini membincangkan beberapa perancangan yang akan di jalankan sepanjang tahun 2010 dan ketibaan bulan Ramadhan . Selain itu perbincangan tertumpu pada keinginan pihak atasan TNB agar semua pihak berganding bahu bersatu dalam apa jua situasi yang di alami syarikat TNB , di akhir mesyuarat tersebut Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepaad semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan misi Perunika ke mercu kegemilangan khususnya di Negeri Perak.


ORGANISASI PERSATUAN UNIT KESELAMATAN (PERUNIKA) TNB CAWANGAN NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012



Dari Kiri : Pengerusi ( EN.HARIRI) N/Pengerusi ( EN.SUHAIMI) Setiausaha (EN.RADZUAN)P/Setiausaha ( EN.ZORANI)

Dari Kiri : Bendahari (En.NORDIN) Peg. Kebajikan ( EN.WAN AZIMIN) Peg.Sukan ( EN.AMRAN) Ajk (EN.NOH)

Dari Kiri : Ajk ( EN.AR ALHAN) Ajk (EN.THURAISAMY) Ajk (EN.TAJUL) Ajk ( EN.ZANIAN)





Rabu, 30 Jun 2010

Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perunika Perak 2010

30 Jun, satu Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perunika TNB cawangan Negeri Perak telah di adakan dewan Kelab Kilat bersia, Gerik Perak. seramai 78 orang ahli Perunika yang juga anggota JPKR hadir mengikuti mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut di adakan untuk melantik lapisan kepimpinan yang baru bagi tahun 2010 / 2012.

pada majlis tersebut turut di hadiri pengurus besar stesen-stesen janaelektrik hidro , YDP Perunika Nekmat b Mat Seh dan wakil Perunika Pusat En. Nawawi.


masih ada lagi gambar yg belum di upload, akan di upload lagi selepas ini..... sabar ok?

Rabu, 28 April 2010

Latihan Dalam Perkhidmatan Zon Utara di Pusat Latihan UiTM Sg.Galah,




Bermula dari 6hb April Hingga sesi terakhir 4hb Mei yang lalu satu Latihan Dalam Perkhidmatan Zon Utara telah di adakan di Pusat Latihan UiTM , Sg Galah. Kampung Gajah Perak.
sestiap siri dihadiri seramai 45 orang anggota kerja JPKR dari Zon utara iaitu Perak, Kedah , Perlis & Pulau Pinang. Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam.

Antara pengisisn LDP tersebut ialah ulangkaji penggunaan T-Baton yang di adakan oleh jurulatih JPKR TNB, Kelas pengajian Risikan dan Siasatan.

Permandangan suasana malam di penginapan Pusat Latihan UiTM yang di sediakan

bilik yang selesa membuatkan peserta sedang khusyuk mendengar taklimat dari penceramah