Tarikh Dan Masa Hari Ini

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERUNIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG BLOG YANG KE

counter

Madah Semangat & Disiplin

"Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnahkan."

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK



Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...


Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.

Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.

Langkah membina laman blog ini
di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.

Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki s
egala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.

Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah

" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"


Sekian

Wassalam



Hariri b Kamaruddin
PENGERUSI PERUNIKA TNB
CAWANGAN NEGERI PERAK
;

BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012

PENGERUSI KEHORMAT
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )

NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )

SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )

PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )

BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )

PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )

PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
Zanian bin Ismail ( Ipoh )
A.Radzis bin Jaafar ( SJ.Cameron Highlands )
Tajul Amiruddin bin Tajul Ariffin ( SJ.Kenering )
Abd Hadi bin Taib ( PMU Ayer Tawar )

;

KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB

KENDERAAN POLIS BANTUAN  TNB
KENDERAAN UNIT SIASATAN

POLIS BANTUAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 )

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Uda Holding

Semasa Sentral

Petronas

Felda Security

Utusan Melayu (M) Berhad

Pos Malaysia Berhad

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kementerian Penerangan

Bursa Malaysia (BSKL)

Puncak Niaga Sdn. Berhad

Persada Sungai Besi (AADK)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rapid KL

Maju Holding Sdn. Berhad

Astro

Keretapi Tanah Melayu Berhad


Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-

Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan

Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

Selasa, 31 Mac 2009

TARIKH & MASA SEKARANG

APA PENDAPAT ANDA TENTANG PAKAIAN PB

Apa Pendapat Anda?
(Sila masukkan di ruangan
Ulasan)
Pendapat 1
(Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)

Pakaian seragam pasukan Polis Bantuan di Malaysia perlu berbeza. Ini kerana pakaian seragam Polis Bantuan di negara barat adalah berbeza dengan polis persekutuan, misalnya di Amerika Syarikat iaitu Los Angles Police Department (LAPD).Untuk pengetahuan, pakaian seragam yang telah digunapakai sebelum ini iaitu baju biru muda adalah amat memadai tanpa perlu diubah-ubah. Pakaian seragam yang sama boleh mengelirukan masyarakat dan juga boleh menjatuhkan reputasi pasukan dalam usaha Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM untuk mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap pasukan polis masa kini.Masyarakat hanya menunding jari kepada pihak polis dan bukannya pihak agensi yang mengawal. Selian Polis Bantuan di Malaysia seharusnya diletakkan terus di bawah pentadbiran balai dan pihak agensi hanya membekalkan kelengkapan logistik sahaja. Adakah langkah diwujudkan Suruhanjaya Bebas Pengaduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) hanya melibatkan anggota tetap PDRM sahaja dan bukannya anggota Polis Bantuan?

Pendapat 2
(Sumber: Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas)
Assalamualaikum. Pada pendapat saya, walau warna apa pun baju seragam Polis Bantuan yang penting anggota itu sendiri haruslah ada kesedaran. Jika diikutkan, ada anggota PDRM sendiri yang ternyata dan terpampang di kaca televisyen mencemar nama baik pasukan kerana ternyata bersalah dan terlibat dalam sesuatu kes jenayah. Maaf, bukan saya ingin menunding jari kepada sesiapa malah anggota Polis Bantuan pun ada yang terbabit sama. Kesimpulan, warna baju bukan jadi ukuran tetapi disiplin perlu ada dalam setiap anggota polis biasa mahupun Polis Bantuan demi amanah yang dipikul.

Pendapat 3
Pegawai PDRM berkata...
(Melalui ruangan komen pada 4 Feb 2009)
Salam, memang benar warna baju bukan menjadi ukuran tetapi tahukah kita berapa banyak kes-kes penyamaran berlaku melibatkan anggota polis bantuan? Baru-baru ini di Klang, Labis, Sg.buloh, Kulim dan tempat-tempat lain yang kita tidak tahu yang mana anggota polis bantuan ditahan kerana menyamar sebagai anggota polis di luar kawasan tugasnya. Adakah Pendapat 2 tahu?

Mereka ditahan kerana salahlaku peras ugut orang awam, salahguna kuasa dan salahguna pakaian seragam di luar kawasan tugas.

Jika dilihat sekarang semakin banyak kenderaan polis bantuan di jalan raya seakan-akan peronda polis amat mengelirukan orang awam apatah lagi warna pakaian seragam polis bantuan. Jika berlaku sesuatu kejadian adakah mereka ini akan berhenti membantu orang awam? Jawapannya tidak... Peristiwa ini pernah berlaku di lembah klang. Yang dituduh dan kena kawat cam adalah anggota polis biasa tapi disiasat sebenarnya kenderaan polis bantuan. Tapi tiada tindakan diambil kerana polis bantuan tidak boleh diambil tindakan tatatertib oleh PDRM sebab tidak tertakluk di bawah peraturan Pegawai-Pegawai Awam 1993. Perkara ini tidak dihebohkan tapi yang busuk nama pihak polis. Jika sekarang semakin banyak agensi polis bantuan yang bekerja di luar kawasannya tanpa seliaan dan pemantauan dari pihak polis.
Memang wajar menurut Pendapat 1, uniform polis bantuan haruslah berbeza dengan polis biasa. Ini kerana warna yang berbeza boleh mengawal pergerakan serta mengelak sebarang kes-kes salahlaku. Memang wajar agensi polis bantuan sepatutnya diletakkan terus di bawah pentadbiran balai atau IPD supaya pemantauan terhadap anggota polis bantuan dengan lebih berkesan disamping arahan-arahan terkini dipatuhi. Contoh Kor SUKSIS dan PVR adalah diseliaan PDRM. Anggota PDRM mempunyai tindakan, pergerakan yang profesional dalam mengawal, mengambil sebarang tindakan dalam tugasan tidaklah sampai menembak membabi-buta.

Malangnya orang awam menganggap mereka yang menembak rakan setugas adalah anggota polis disebabkan warna baju yang sama.

Saya lihat polis bantuan KTMB dan Felda sewenang-wenangnya memakai pakaian medan ketika bertugas sedangkan arahan Bukit Aman tidak membenarkannya kecuali FRU, Unit Pemusnah Bom, PGA, Tugas AM dan Marin. Mengapa mereka memandai-mandai memakainya? Adakah mereka merasakan diri anggota tetap PDRM?

Pakaian seragam yang sama sememangnya mengelirukan masyarakat!

Pendapat 4
Pegawai kanan berkata...
(Melalui ruangan komen pada 6 Feb 2009)
Saya sokong pendapat Pegawai PDRM dan Pendapat 1 mengenai pakaian seragam polis bantuan perlu diubah warna lain bagi mengelak disalahgunakan.

Saya sokong setiap agensi diletakkan terus di bawah seliaan balai atau IPD hanya agensi membekal logistik kepada anggota. Ini kerana kebanyakkan mereka sering menghalang tugas pegawai polis menjalankan tugas menyiasat di dalam kawasan agensi setelah menerima aduan jenayah. Ada dikalangan mereka tidak menghormati pegawai dan anggota kanan PDRM ini tidak sepatutnya berlaku.

Seperti berlaku di Kuala Lumpur seorang pegawai kanan polis berpangkat DCP ketika beliau berurusan dengan agensi Bank Negara, anggota polis bantuan yang bertugas langsung tidak memberi tabik hormat ke atas beliau selaku pegawai kanan PDRM. Adakah mereka ini tidak pernah diajar semasa latihan atau buat-buat tak nampak. Itulah hakikatnya...

Patut diubahkan warna uniform polis bantuan! Selaras dengan Perintah Tetap Ketua Polis Bhg A501 bil 16.

Pendapat 5
Polis Klang berkata...
(Melalui ruangan komen pada 9 Feb 2009)
Saya menyokong penuh saranan supaya dikaji segera uniform PB dibezakan dengan polis biasa. Terbaru di Klang menyamar sebagai anggota polis mengutip wang dari peniaga2 di hadapan sebuah bank BSN padahal dia bertugas di bank berkenaan, setelah disiasat selepas menerima lapuran polis dia adalah polis bantuan BSN, tapi tersangatlah kesian tak sudah kepada anggota bit, MPV kena kawat cam untuk mengenalpasti suspek oleh mangsa2, rekod dah tercalar akibat perbuatan orang lain!!!

Pendapat 6
Pak Guard PB berkata...
(Melalui ruangan komen pada 9 Feb 2009)
Saya sebagai PB pun sebenarnya amat bersetuju kalau pakaian seragam atau lain-lain insignia polis bantuan di negara ini tidak disamakan dengan PDRM. Malah dalam kebanyakan keadaan pakaian seragam yang kami pakai ini banyak mendatangkan kesulitan.

Saya secara peribadi tidak merasa bangga langsung dengan pakaian seragam ini (walaupun pernah merasa bangga). Adalah terlebih baik kalau PB punyai identiti sendiri.

Soal melakukan salah laku seperti yang dinyatakan oleh pengomen-pengomen lain, rasa-rasanya anggota-anggota PDRM juga ramai yang melakukannya. Sehingga ia telah diketahui umum telah mencalarkan imej sesiapa saja yang berpakaian seragam macam kita ni. Lihat saja 'kes Kugen' yang dilaporkan berlaku baru-baru ini. Siapakah mereka yang dikatakan terlibat itu? Adakah mereka PB?

Lalu kami juga punya hak untuk berasa tercalar imej bila pihak PDRM yang melakukan salah laku. Kesannya tempias juga kepada kami PB yang berpakaian seragam yang kelihatan sama dengan PDRM ini. Malah masa bertugas kami risau juga kalau-kalau orang ramai tersalah anggap yang kami ini adalah anggota PDRM.

Kalau diberikan pilihan saya tak sudi nak pakai seragam cam gini. Terutamanya bila memikirkan pelbagai salah laku segelintir anggota PDRM yang heboh diperkatakan kini.Namun ramai anggota PB yang masih terus berbangga dengan seragam ini serta berangan-angan yang mereka juga adalah anggota polis. Sedangkan pada hakikat sebenarnya mereka hanyalah guard saja.

Pendapat 7
Dulu polis kini polis berkata...
(Melalui ruangan komen pada 12 Feb 2009)
Kepada Pak Guard PB, saya secara peribadi kenapa kes "Kugen" dijadikan alasan untuk menemplak PDRM? Adakah Tugas anda selalu berhadapan dengan orang awam?

Anda tahu ke mereka ini pakai uniform atau tidak, tahu cerita sebenar? kalu tak tahu jangan sesekali memperkatakan kepada umum mengikut lapuran hospital dah ternyata ada kes kesihatan tapi keluarganya tak puas hati lalu meceroboh hospital. apa yang berlaku.... panjang cerita..

Kata pak guard PB kes 'Kugen' rekod polis dah teruk.kalau dilihat kes tertembak rakan setugas bagaimana pula?jelaskan.... happy trigger lagi.. kurang seliaan.Jadi begitulah pegawai dan anggota polis bertugas bersabung nyawa menjaga dan melindungi orang awam selalu dan sanggup berhadapan karenah masyarakat pelbagai tohmahan dilemparkan.bukan hanya sekadar menjaga pintu masuk mengambil kesempatan mengertak orang awam.Jadi saya rasa kami juga punya hak bahawa bukan uniform saja diubah malah semua PB diletakkan di bawah pentadbiran PDRM bukan sekadar menjadi pak guard saja malah membuat tugas sama dengan anggota polis beruniform yang lain. Bagaimana setuju...

Pendapat 8
on the scene berkata...
(Melalui ruangan komen pada 10 Mac 2009)
Salam....
Saya amat bersetuju dengan pandangan mengani pakaian seragam PB sekarang kerana ia mengundang banyak masalah jika menggunakan pakaian yang serupa dengan anggota PDRM. Bukan semua org awam tahu membezakan apa yang dipakai walau ada sedikit perbezaan jika dilihat di mata kasar.

Secara teknikalnya, ia hanya lah pakaian seragam, tetapi secara praktikalnya, ia amat mengelirukan malah selalu berlaku kes salah anggap, salah guna dan salah persepsi.Pernah berlaku kes jenayah atau kemalangan dan orangawam menahan kenderaan PB agensi tertentu meminta bantuan. tetapi apalah yang mereka boleh buat, kerana mereka hanya berkuasa pd agensi mereka sahaja. Kita tidak boleh salahkan org awam kerana mereka tidak peduli apa itu PB, kerana jika uniform dah sama/hampir sama, tentu mereka boleh bantu.Ada juga PB yang menaiki kenderaan mereka yg berlogokan polis, merasa amat bersalah/serba-salah jika melalui kawasan kemalangan/jenayah dan masa itu, belum ada anggota PDRM sampai, tetapi tiada apa yg mereka boleh lakukan, hatta ada anggota PB tak tahupun nak hubungi bahagian mana, balai mana utk meminta bantuan.

Jangan samasekali salahkan org awam akan kekeliruan itu kerana semua salah pd pakaian seragam/kenderaan yg menyerupai anggota PDRM sebenar.Begitu juga dari segi kod/etika pakaian yg tak betul pada masa, situasi atau keadaan semasa duty. Semua ini harus diambil kira kerana jika dibincang, ia tak akan habis kecuali lakukan review yang menyeluruh.Yang pasti, PB tak sepatutnya menggunakan pakaian yg serupa seperti PDRM kerana apa guna serupa atau hampir serupa, tetapi kuasa dan peranan adalah berlainan samasekali.

Dan meletakkan PB dibawah pentadbiran PDRM adalah sesuatu yang tidak kena, kerana ini bermakna PB juga boleh ditukar antara agensi yg mereka bekerja, terlibat dalam tugas2 am PDRM dan mempunyai kuasa yang hampir sama., sedangkan latihan yg diberikan tak sampai 50 peratus dari latihan anggota polis sebenar di Pulapol.

Sekadar utk menunjukkan gah dengan uniform tidak memberi makna kerana byk percanggahan, kekeliruan yg timbul terutama dari org awam dan 'real situations'.Apa-apapun, PB seharusnya mempunyai identiti mereka sendiri dan diseragamkan antara semua PB seluruh Malaysia yg mungkin satu hari nanti, akan ada pula Akademi PB atau Pulapoba, atau seumpamanya...

Pendapat 9
Pegawai kanan Bukit Aman berkata...
(Melalui ruangan komen pada 10 Mac 2009)

Salam kepada semua,
saya amat menyokong penuh saranan dan pandangan bernas lagi berperinsip daripada Pendapat 8 tentang apa yang dibincangkan. Terima kasih.Pendapat 10polis Labis berkata...(Melalui ruangan komen pada 11 Mac 2009)Assalamualaikum wbt. Saya juga menyokong pandapat on the scene apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi. Harap pihak PDRM melakukan review dengan kadar segera.

- Arkib dari blog http://www.tnbpolice.blogspot.com


KENANGAN OPERASI SG.TERENTANG 2007


Selasa, 17 Mac 2009

Aktiviti Gotong Royong JPKR SJSAS & Lawatan Dato' Wira Ir. Sidek Ahmad di TNB Janamanjung

Pada 10 Mac 2009 ( Selasa ) - Unit JPKR dari SJSAS telah mengadakan satu gotong royong mengecat pos kawalan Harimau Satu . aktiviti ini melibatkan semua anggota penempatan SJSAS. sebelum itu taklimat mengenai isu-isu semasa & Mesyuarat bulanan anggota bersama KG telah di adakan serentak pada tarikh tersebut. di sebelah petangnya pula satu lawatan rasmi dari Dato' Wira Ir. Sidek Ahmad berlangsung pada jam 2.00 ptg. Anggota JPKR SJSAS di tugaskan membuat kawalan trafik serta eskot sepanjang lawatan berjalan.


Khamis, 12 Mac 2009

LAWATAN PENGURUS BESAR JPKR KE STESEN JANAKUASA SULTAN AZLAN SHAH, MANJUNG

20 JANUARI 2009- PENGURUS BESAR TUAN MUANAWAR KABIR dari Ibu pejabat Kuala Lumpur telah hadir menyempurnakan tugas sebagai Ketua didalam Unit JPKR TNB, Beliau hadir dalam rangka lawatan serta beramah mesra dengan anggota kerja JPKR Negeri Perak. turut hadir sama Ketua Gerakan Negeri (K.G.N) Perak Tuan Jeffry Robert serta Ketua Gerakan (KG) Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung TNB Janamanjung, Tuan Mat Daud b. Hj.Gimo selaku penganjur tempat melaksanakan LDP Kawad & T-Batton serta Ramah mesra tersebut. Banyak pandangan serta ulasan terperinci di terangkan oleh Pengurus Besar JPKR dalam menjalankan tugas-tugas sebagai Polis Bantuan TNB. Di akhir acara penyerahan sijil-sijil kepada penerima yang tidak mengambil cuti sakit selama 5 tahun berkhidmat seramai 15 Orang. Tahniah di atas kecemerlangan dalam melaksankan tugas di ucapkan.