Tarikh Dan Masa Hari Ini

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERUNIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG BLOG YANG KE

counter

Madah Semangat & Disiplin

"Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnahkan."

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK



Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...


Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.

Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.

Langkah membina laman blog ini
di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.

Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki s
egala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.

Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah

" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"


Sekian

Wassalam



Hariri b Kamaruddin
PENGERUSI PERUNIKA TNB
CAWANGAN NEGERI PERAK
;

BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012

PENGERUSI KEHORMAT
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )

NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )

SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )

PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )

BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )

PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )

PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
Zanian bin Ismail ( Ipoh )
A.Radzis bin Jaafar ( SJ.Cameron Highlands )
Tajul Amiruddin bin Tajul Ariffin ( SJ.Kenering )
Abd Hadi bin Taib ( PMU Ayer Tawar )

;

KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB

KENDERAAN POLIS BANTUAN  TNB
KENDERAAN UNIT SIASATAN

POLIS BANTUAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 )

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Uda Holding

Semasa Sentral

Petronas

Felda Security

Utusan Melayu (M) Berhad

Pos Malaysia Berhad

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kementerian Penerangan

Bursa Malaysia (BSKL)

Puncak Niaga Sdn. Berhad

Persada Sungai Besi (AADK)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rapid KL

Maju Holding Sdn. Berhad

Astro

Keretapi Tanah Melayu Berhad


Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-

Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan

Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

Khamis, 5 November 2009

LDP & MAJLIS MESRA AIDILFITRI JPKR PERUNIKA PERAK

Assalammualaikum & Salam Muhibbah 1Malaysia,

Bertemu kita lagi kali ini dengan suasana harmoni dan kemeriahan setelah menyambut hari Raya Aidilfitri yang lalu.

pada 14 Oktober yang lalu JPKR TNB perak dari Unit KGN , KG Hyrdo & KG Janamanjung mengerakkan satu lagi majlis dengan berpadu usaha bersama PERUNIKA Perak menjayakan satu Majlis LDP & Majlis Jamuan Mesra AidilFitri di SJ Chenderoh, Kuala Kangsar Perak.

hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar SJ Chenderoh serta beberapa anggota kerja SJ. Chenderoh.

seramai 40 anggota JPKR TNB perak hadir bagi meraikan majlis tersebut. Majlis juga di manfaatkan dengan acara sukan Badminton, Dart & Ping Pong . Semua anggota terlibat secara langsung dengan aktiviti yang di anjurkan. kemesraan anggota kerja dapat di lihat setelah penat lelah mereka bekerja dapat terubat apabila bertemu rakan yang setelah sekian lama tak berjumpa.

pemenang pemenang dalam acara sukan tersebut di berikan hadiah serta acara cabutan bertuah turut di selitkan dalam acara tersebut.
































UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN LEBIH JELAS SILA KLIK GAMBAR TERSEBUT UNTUK SIMPAN DI DALAM PENDRIVE

1 ulasan:

  1. Siapa yang kuat mengampu dan pandai wayang depan KGN cepat lah naik pangkat...... ada anggota kerja sampai nak bersara pun masih tak naik pangkat.... dimana silapnya? adakah anggota kerja tersebut atau pun Tuan2 saja buat tak nampak atau pun nak pilih orang2 yang pandai bermuka2.... bodek.Dari segi penilaian prestasi pun kita dah nampak sikap pilih kasih KGT dan KGN.Pada hal kerja sama saja dari akhir tahun 77 hingga sekarang jaga pintu tugas yang hakiki yang lain tu hanya lah tugas sampingan saja,kalau tak percaya tanyalah anggota PDRM.KIta pengawal keselamatan yang diberi kuasa Polis menjaga harta benda Syarikat.

    BalasPadam