Tarikh Dan Masa Hari Ini

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERUNIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG BLOG YANG KE

counter

Madah Semangat & Disiplin

"Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnahkan."

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK



Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...


Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.

Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.

Langkah membina laman blog ini
di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.

Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki s
egala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.

Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah

" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"


Sekian

Wassalam



Hariri b Kamaruddin
PENGERUSI PERUNIKA TNB
CAWANGAN NEGERI PERAK
;

BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012

PENGERUSI KEHORMAT
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )

NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )

SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )

PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )

BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )

PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )

PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
Zanian bin Ismail ( Ipoh )
A.Radzis bin Jaafar ( SJ.Cameron Highlands )
Tajul Amiruddin bin Tajul Ariffin ( SJ.Kenering )
Abd Hadi bin Taib ( PMU Ayer Tawar )

;

KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB

KENDERAAN POLIS BANTUAN  TNB
KENDERAAN UNIT SIASATAN

POLIS BANTUAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 )

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Uda Holding

Semasa Sentral

Petronas

Felda Security

Utusan Melayu (M) Berhad

Pos Malaysia Berhad

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kementerian Penerangan

Bursa Malaysia (BSKL)

Puncak Niaga Sdn. Berhad

Persada Sungai Besi (AADK)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rapid KL

Maju Holding Sdn. Berhad

Astro

Keretapi Tanah Melayu Berhad


Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-

Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan

Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

Jumaat, 8 Mei 2009

MALAYSIA KEKURANGAN POLIS BANTUAN

SANTUBONG: Malaysia memerlukan 7,605 lagi anggota Polis Bantuan untuk mencapai sasaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkuatkan pasukan Polis Bantuan kepada 21,059 anggota, kata Pengarah Pengurusan PDRM, Pesuruhjaya Polis Datuk Abdul Razak Bokhari.
Beliau berkata, setakat ini hanya terdapat 13,454 anggota Polis Bantuan pelbagai pangkat seperti superintenden dan konstabel yang ber-tugas menjaga keselamatan di seluruh negara.
“Sehubungan itu, kita menyeru kepada agensi-agensi kerajaan, separa kerajaan dan swasta supaya membuat permohonan menyertai Polis Bantuan.

“Ini kerana tanggungjawab menjaga nyawa dan harta benda memang kita serahkan kepada agensi masing-masing,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Ketua-ketua Agensi Polis Bantuan dan Pegawai-pegawai kanan PDRM Ke-20 APAC, di sini, semalam.
Menurut beliau, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman akan membuat pertimbangan serta meluluskan permohonan agensi-agensi berkaitan untuk menambah atau mengambil Polis Bantuan selaras dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan.

“Ini terpulang kepada mereka (agensi-agensi), jika mereka fikirkan pertambahan perlu maka mereka perlu melakukannya.
“Kami tidak boleh memaksa mereka untuk membuat pertambahan kerana per- mohonan adalah secara suka-rela,” katanya.

Razak menambah, bidang kuasa anggota Polis Bantuan juga sama dengan anggota polis biasa mengikut pangkat-pangkat.
“Seperti tugas-tugas polis biasa, kita (Polis Bantuan) juga boleh melakukan pencegahan jenayah di kawasan bertugas.

“Selain itu, mereka juga boleh menjadi mata dan te-linga PDRM bagi membantu kami mendapatkan maklumat untuk mencegah jenayah,” katanya.
Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Kumpulan Sarawak Energy Berhad (SEB) Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain, SEB turut melatih pegawai-pegawainya sebagai Polis Bantuan bagi meningkatkan keselamatan.

“Ini sangat penting untuk memperkasakan tugas-tugas mereka ketika menjalankan kerja-kerja pemeriksaan atau semakan meter.
“Anggota-anggota seperti ini dapat membantu membanteras aktiviti kecurian kabel dan peralatan SEB.
“Anggota-anggota telah berjaya menumpaskan tiga kes curi kabel pada tahun ini,” katanya.


Sumber :http://www.mysarawak.org/2008/11/25/malaysia-kekurangan-polis-bantuan.html

10 ulasan:

  1. asalamualaikum, saya nak bertanya ni, sekarang ni ada jawatan kosang polis bantuan ke?? tgah mencari orang ker??

    BalasPadam
  2. salam....sy anggota polis bantuan swasta....sy dh brkhmat untuk syrikat ni slma 2 thun....tp msh x pergi ke pulapol kerana bnyak lg anggota yg brkhmat lbh dri 5 thn tak prgi lg....hnya tmat latihan krsus asas polis bantuan di syrikat tersebut...no badan dan angkat sumpah sy dah buat....blh ke lau sy nk minta jikalau tnb ada jwtan kosong polis bantuan....tp tngi sy hya 162cm dan kptsan spm sy hnya lulus je....adakah sy masih berpeluang untuk berkhmat tnb... (roslie anak jati ipoh)(lyegaban@yahoo.com)

    BalasPadam
    Balasan
    1. awak ni angota polis bantuan swasta kt mna ya?klo nk aply jwtn polis bantuan cm mna?

      Padam
  3. perempuan bole mohon polis bantuan x???

    BalasPadam
  4. salam..ad lg x kekosongan jawatan polis bntuan?sy hrap msih ad lg pluang untk sy mnjd anggota polis..

    BalasPadam
  5. di mana ingin di buat aduan kepada anggota polis bantuan perak(cawangan ipoh)mengacukan senjataapi kepada pengawal keselamatan swasta/dan menyalah guna kuasa yang di beri...buat masa sekarang tiada aduan rasmi yang di buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. mna da snjata api...tpu ni

      Padam
  6. salam..masih ada kekosongan tak jawatan polis bantuan ni?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum...saya nak tanya ada jawatan kosong polis bantuan tnb tak sekarang utk bekas pesara tentera

    BalasPadam
  8. Untuk polis bantuan tnb manjung la sbb saya menetap di manjung

    BalasPadam