Tarikh Dan Masa Hari Ini

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERUNIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG BLOG YANG KE

counter

Madah Semangat & Disiplin

"Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnahkan."

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK



Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...


Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.

Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.

Langkah membina laman blog ini
di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.

Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki s
egala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.

Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah

" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"


Sekian

Wassalam



Hariri b Kamaruddin
PENGERUSI PERUNIKA TNB
CAWANGAN NEGERI PERAK
;

BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012

PENGERUSI KEHORMAT
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )

NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )

SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )

PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )

BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )

PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )

PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
Zanian bin Ismail ( Ipoh )
A.Radzis bin Jaafar ( SJ.Cameron Highlands )
Tajul Amiruddin bin Tajul Ariffin ( SJ.Kenering )
Abd Hadi bin Taib ( PMU Ayer Tawar )

;

KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB

KENDERAAN POLIS BANTUAN  TNB
KENDERAAN UNIT SIASATAN

POLIS BANTUAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 )

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Uda Holding

Semasa Sentral

Petronas

Felda Security

Utusan Melayu (M) Berhad

Pos Malaysia Berhad

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kementerian Penerangan

Bursa Malaysia (BSKL)

Puncak Niaga Sdn. Berhad

Persada Sungai Besi (AADK)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rapid KL

Maju Holding Sdn. Berhad

Astro

Keretapi Tanah Melayu Berhad


Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-

Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan

Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

Rabu, 11 Ogos 2010

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN AKTIVITI GOTONG ROYONG DAN KEMASYARAKATAN (CSR)

GERIK : Seramai hampir empat puluh orang anggota Jabatan Perkhidmatan Keselamatan dan Risikan(JPKR) bersama beberapa orang penduduk kampung telah menjalankan aktiviti gotong royong membersihkan kawasan masjid dan kawasan perkuburan di Kampung Tawai Gerik pada pagi 24 Julai yang lalu.

Anggota JPKR yang hadir pada pagi itu diberikan sedikit taklimat ringkas dan pembahagian tugas oleh Ketua Gerakan Hidro Perak,Tn Hisamuddin Abu bakar.Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan kerana kedudukan masjid dan tanah perkuburan agak jauh sedikit.

Mereka juga turut mendapat kerjasama dari penduduk kampung ,dimana Ketua kampung itu Hj Wahi bin Dolah Ahmad turut serta dalam aktiviti membersih tanah perkuburan dan sekitarnya.

Dalam aktiviti itu juga dijalankan satu program kemasyarakan iaitu memberi sedikit sumbangan kepada seorang ibu tunggal yang mempunyai anak seramai sepuluh orang.Beliau ialah Puan Saripah binti Che Mat yang telah kehilangan suami beberapa tahun yang lalu,bekerja mengambil upah menoreh getah dan tidak dapat meneruskan persekolahan anak-anaknya kerana kesempitan hidup.

Sumbangan itu disampaikan oleh Tn Hisamuddin Abu Bakar,juga mewakili pihak JPKR Hidro Perak.Dengan sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu keluarga beliau mengharungi bulan ramadan yang akan tiba nanti.

Dalam aktiviti yang dijalankan pihak JPKR juga telah menyediakan minum pagi dan makan tengah hari yang disediakan oleh penduduk kampung itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan