KUALA LUMPUR 7 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak sewenangwenangnya bertindak menghukum mana-mana individu yang terlibat dengan jenayah. ''Jika benar mereka penjenayah, biarlah mahkamah yang menghukum, bukan kita (orang awam),'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan khas Pegawai-pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-202 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Beliau mengulas kejadian seorang suspek kes samun yang mati akibat dibelasah sekumpulan penunggang motosikal di Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang pada Jumaat lalu. Dalam kejadian itu, mangsa digari dan ditinggalkan di tepi jalan oleh polis yang kemudian mengejar seorang lagi suspek. Suspek itu kemudiannya dipercayai telah dibelasah oleh orang ramai sehingga koma sebelum meninggal dunia sehari kemudian.
''Kalau hendak membantu, kita mestilah bantu dengan cara yang betul. Jangan pula orang awam sendiri lakukan jenayah,'' katanya yang tidak menafikan kedua-dua suspek samun itu ditahan berdasarkan maklumat orang ramai. Beliau menasihati orang ramai supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap suspek dalam insiden seumpama itu sebaliknya menyerahkannya kepada pihak polis. ''Kes ini masih dalam siasatan dan sedang menunggu laporan terkini daripada Ketua Polis negeri (Selangor),'' jelasnya.
Ditanya mengenai kes seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang ditemui mati akibat terkena tembakan di kepala semasa bertugas di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar, Perlis semalam, Musa berkata, pihaknya sedang menyiasat sama ada kejadian itu merupakan satu kemalangan atau sebaliknya. ''Buat masa ini, saya belum menerima laporan berhubung kejadian itu. Saya masih tunggu laporan siasatan daripada pegawai saya di Padang Besar,'' ujarnya.
Sumber : http://www.utusan.com.my/
awk ny polis bntuan genting highland ka??
BalasPadambagaimana nak apply jawatan polis bntuan tnb ye??
BalasPadam