Tarikh Dan Masa Hari Ini

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERUNIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG BLOG YANG KE

counter

Madah Semangat & Disiplin

"Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnahkan."

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK



Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...


Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.

Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.

Langkah membina laman blog ini
di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.

Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki s
egala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.

Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah

" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"


Sekian

Wassalam



Hariri b Kamaruddin
PENGERUSI PERUNIKA TNB
CAWANGAN NEGERI PERAK
;

BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012

PENGERUSI KEHORMAT
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )

NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )

SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )

PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )

BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )

PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )

PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
Zanian bin Ismail ( Ipoh )
A.Radzis bin Jaafar ( SJ.Cameron Highlands )
Tajul Amiruddin bin Tajul Ariffin ( SJ.Kenering )
Abd Hadi bin Taib ( PMU Ayer Tawar )

;

KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB

KENDERAAN POLIS BANTUAN  TNB
KENDERAAN UNIT SIASATAN

POLIS BANTUAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 )

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Uda Holding

Semasa Sentral

Petronas

Felda Security

Utusan Melayu (M) Berhad

Pos Malaysia Berhad

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kementerian Penerangan

Bursa Malaysia (BSKL)

Puncak Niaga Sdn. Berhad

Persada Sungai Besi (AADK)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rapid KL

Maju Holding Sdn. Berhad

Astro

Keretapi Tanah Melayu Berhad


Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-

Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan

Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

Khamis, 14 Mei 2009

SEKITAR MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TIGA TAHUNAN KALI KE TIGA SESI 2005/08 -Di Hotel Hydro Majestic, Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Persatuan Unit Keselamatan (PERUNIKA) TNB Telah menyambut Ulangtahun yang ke 30 setelah di tubuhkan pada tahun 1978. Perunika telah mengambil insiatif murni dengan menganjurkan mesyuarat serta seminar sekali gus di tempat, tarikh dan masa yang sama di Hotel Hydro Mejistic, Batu Feringghi, Pulau Pinang. Yang bertemakan "Ilmu Dan Integriti, Teras Kecemerlangan"






4 ulasan:

  1. Saya selaku AJK PERUNIKA caw. Johor yang turut hadir pada mesyuarat agung PERUNIKA di Penang tempoh hari. Ulasan saya hanyalah berkisar tentang memartabatkan jabatan kita di mata TNB & PDRM. Dalam kita meminta benefit-benefit drpd persatuan atau TNB kadangkala kita lupa untuk memartabatkan jabatan kita.Kita tak terfikir pun hendak mempromosikan jabatan kita. Kita leka dibuai keindahan serta kenikmatan yg telah diberikan oleh TNB sehinggakan status kita diperlekehkan staff-staf TNB dan orang luar pun kita buat tak paham je. Sedarkah kalian semua(anggota PB TNB) rupa-rupanya ada pengawal keselamatan guna baju POLIS ye? Sedarkah kalian hanya TNB sahaja yang membuka iklan borang jawatan kosong menggunakan istilah "PENGAWAL KESELAMATAN"? Padahal kalau di agensi-agensi lain yg menggunakan khidmat Polis Bantuan, mereka menggunakan istilah "POLIS BANTUAN" paling tidak pun 'PEGAWAI KESELAMATAN' untuk kekosongan jawatan di dalam iklan mereka. Dan sedarkah kita bila nak membuat pinjaman peribadi ataupun pinjaman perumahan di bank-bank,apabila pihak bank lihat borang pengesahan jawatan kita mereka kelat-kelat muka?
    Lihatlah betapa agensi-agensi lain memartabatkan polis bantuan mereka.Lihatlah betapa mereka mempromosikan polis bantuan mereka. Mereka tidak dipanggil pengawal keselamatan,guard,mahupun jaga kepada Polis Bantuan mereka, tapi kita? "Alah..lantaklah orang nak panggil kita guard ke, jaga ke,sekuriti ke, janji hujung bulan dapat gaji".. itu lah mentaliti kebanyakan orang kita (PB TNB).Tolonglah! ubahlah mentaliti tu.
    Justeru, apa yang ingin saya sampaikan sepertimana usulan saya semasa menghadiri mesyuarat agung lepas agar nama jawatan yang sedia ada kini iaitu "PENGAWAL KESELAMATAN" tingkatan biasa @ kanan patutlah diubah kepada nama yang lebih efisyen seperti "POLIS BANTUAN" tingkatan biasa @ kanan ke, paling tidak pun "ANGGOTA KESELAMATAN" tingkatan biasa @ kanan.
    Ini kerana nama pengawal keselamatan tidak kena langsung dengan uniform yang kita pakai,baik pakai baju coklat je kalau nama pengawal keselamatan dikekalkan.Kadangkala betul juga kata2 para regular,"patut polis bantuan nie dihapuskan jee..." Nampak? Ini realiti yang saya telah alami semasa bertugas di kaunter pembayaran bil..gara-gara seorang anggota polis dapat tahu TNB ada buka jawatan polis bantuan,dia cadang nak bagi borang tu pada anak dia dan suruh anak dia masuk PB TNB, dia cuma baca kepala borang jawatan kosong tu je lebih kurang macam ni laa.. "IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENGAWAL KESELAMATAN TINGKATAN BIASA"...
    anggota polis tu pun sindirlah saya.."BUAT MALU PDRM JE, PATUT POLIS BANTUAN NIE DIHAPUSKAN JEE"..dia pun tinggalkan borang tu atas meja polis bantuan,tebal & malu muka saya. Harap-harap jangan polis bantuan TNB la jadi sebab semua polis-polis bantuan di agensi-agensi lain di hapuskan...
    Harapan saya kepada majlis jawatan-jawatan kuasa tertinggi PERUNIKA peka dengan istilah status kita, dan dapat bertindak mengubah dengan seberapa segera..Hari ini tugas kita bukanlah sekadar mengawal di pos-pos pencawang, kita sudah ada jabatan risikan sendiri, kita sudah ada Respons Team yang meronda di setiap P.E-P.E di segenap taman-taman perumahan sekitar bandaraya,dan alhamdulillah baru-baru ini uniform kita tak jadi tukar warna. Adakah relevan istilah status kita dipanggil "PENGAWAL KESELAMATAN?". FIKIR-FIKIRKAN....

    BalasPadam
  2. Mengikut maklumat terkini dari Cawangan Pembantu Bukit Aman,pada 1hb.12.2009 Tan Sri KPN mengekalkan apa yang telah diputuskan pada mesyuarat yang mana mengubah warna berbeza dengan polis regular iaitu warna navy blue(biru muda)seluar dan baju baru pakaian polis bantuan pelbagai agensi.

    BalasPadam
  3. Sepautnya tarikh kuatkuasa penukaran warna pakaian seragam pada 1.11.2009 tapi persatuan polis bantuan buat rayuan agar dikekalkan tidak diluluskan kerana sebelum ini Perintah Tetap KPN bertarikh 23.7.2003 telah menetapkan pakaian seragam polis bantuan semestikan berbeza.Kesilapan arahan pada tahun 2004 tanpa merujuk penasihat undang-undang KDN/PDRM telah meyebabkan byk berlaku penyalahgunaan kuasa tanpa dipantau.Ini kerana polis bantuan pelbagai agensi tidak termaktub di bawah Peraturan Pegawai Awam 1993 JPA sukar diambil tindakan menurut Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikkan dan Perjalanan PDRM.

    BalasPadam