Tarikh Dan Masa Hari Ini
Madah Semangat & Disiplin
KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK
Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...
Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.
Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.
Langkah membina laman blog ini di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.
Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki segala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.
Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.
Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah
" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"
Sekian
Wassalam
BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )
NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )
SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )
PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )
BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )
PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )
PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )
JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB
POLIS BANTUAN
Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-
Bank Negara Malaysia (BNM)
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Telekom Malaysia
Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)
Uda Holding
Semasa Sentral
Petronas
Felda Security
Utusan Melayu (M) Berhad
Pos Malaysia Berhad
Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Kementerian Penerangan
Bursa Malaysia (BSKL)
Puncak Niaga Sdn. Berhad
Persada Sungai Besi (AADK)
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Rapid KL
Maju Holding Sdn. Berhad
Astro
Keretapi Tanah Melayu Berhad
Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-
Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan
Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.
Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan
CARTA PERUNIKA TNB PERAK
Isnin, 15 Februari 2010
TANDA TANDA LELAKI MERAJUK
Si dia berdiam sehaja sepanjang bersama anda. Walaupun anda bercakap dengannya, dia hanya mengiakan atau mengganggukkan kepala sahaja. Dia sedikit pun tidak akan melayan anda seperti sebelumnya. Jika ianya berlaku, memang sahlah yang dia merajuk dengan anda.
2. Buat Tidak Tahu
Si dia akan buat tidak tahu tentang anda. Jika anda meminta pertolongan daripadanya seperti mengemas meja, dia akan lakukan acuh tidak acuh atau peling teruk, buat-buat tidak dengar. Ini adalah tanda protes paling teruk kerana ia bukan sahaja membuatkan anda geram tetapi juga meletakkan anda seolah-olah tidak wujud di hadapannya.
3. Menolak Untuk Makan Bersama
Orang lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berhadapan atau bertentang mata dengan pasangannya. Jadi, anda akan tahu sekiranya kekasih hati anda menolak untuk makan bersama atas pelbagai alasan.
4. Masam Muka
Ini adalah salah satu tindakan yang paling menggeramkan. Sudahlah tidak bercakap, si dia tarik muka pula. Kononnya, tidak puas hati dengan anda. Jika orang merajuk, memang beginilah sikapnya.
5. Baca Surat Khabar
Antara tabiat orang lelaki ialah gemar membaca surat khabar. tetapi jika satu surat khabar dibaca berulangkali tanpa sebab, maknanya jiwanya tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu dirinya. Lebih-lebih lagi jika hari sudah lewat malam pun, dia masih membelek surat khabar tanpa menghiraukan anda.
6. Menonton Televisyen Hingga Larut Malam
Dia akan menonton rancangan TV sehingga larut malam walaupun rancangan tersebut bukan rancangan kegemarannya. Matanya terus ke televisyen tetapi hatinya ke lain. Anda harus peka jika si dia bersikap begini.
7. Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tidak akan memaklumkan anda ke mana dia pergi. Ingin menunjukkan protes kononnya. Anda pula jangan mendesaknya untuk menjawab pertanyaan anda kerana sudah pasti si dia akan buat tidak tahu sahaja.
8. Matikan Telefon Bimbit
Ini juga tabiat lelaki kerana si dia tidak suka diganggu di saat perasaannya sedang marah atau terganggu. Untuk mengelakkan anda mengganggunya, dia akan mematikan telefon bimbit dan memberi alasan kehabisan bateri. Alasannya mudah iaitu tidak mahu mendengar suara anda yang dikhuatiri akan menjadikan dia lebih marah dan juga dia ingin mencari ketenangan.
Petikan : Mingguan Wanita
Isnin, 8 Februari 2010
LAWATAN PBK SEMPENA KEJOHANAN BADMINTON PERUNIKA 2009 SESI 2008/2011.
Gerik – 19 Disember 2009, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat (Tuan Hj Md Jailani Abas) telah mengadakan lawatan ke Hulu Perak sempena Kejohanan Badminton Zon Tengah anjuran Perunika bertempat di Komplek Sukan Lawin Gerik, Perak
Turut hadir bersama beliau ialah Pengurus Besar Jabatan Perkhidmatan Keselamatan dan Risikan dan beberapa orang lagi Ketua Gerakan Negeri. Mereka disambut oleh Ketua Gerakan Hidro Perak serta beberapa pegawainya selaku tuan rumah.
Beliau turut dibawa melawat ke beberapa Stesen Janaelektrik yang ada dibawah jagaan Ketua Gerakan Hidro seperti Stesen Janaelektrik Cenderoh (SJC), Stesen Janaelektrik Kenering(SJK), Stesen Janaelektrik Bersia (SJB) dan Stesen Janaelektrik Temenggor(SJT).
Beliau turut merasmikan penutupan pertandingan badminton zon tengah yang disertai oleh tiga negeri iaitu Kontinjen Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat), Kontinjen Selangor dan Kontinjen Perak.Dalam perlawanan itu Kontinjen Wilayah Persekutuan menjadi johan,Selangor naib johan dan Perak tempat ketiga.Wilayah Persekutuan akan mewakili Zon Tengah untuk bertanding keperingkat akhir.
Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang dan berjumpa dengan para pemain, sebelum majlis selesai sedikit jamuan minum petang dihidangkan untuk semua yang hadir termasuk para pemain dan urusetia pertandingan. ._ABMY
ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERINGKAT JABATAN PERKHIDMATAN KORPORAT
Pada 20 Januari yang lalu dua anggota kerja dari JPK&R Hidro telah menerima penganugerahan pekerja cemerlang bukan eksekutif (bukan tekninal) bagi tahun 2008/2009 diperingkat Bahagian Perkhidmatan Korporat yang berlansung di Komplek Sukan TNB Ibu Pejabat sempena Majlis Perhimpunan Wargakerja Bahagian Perkhidmatan Korporat bersama Pengurus Besar kanan Perkhidmatan Korporat.
Anggota kerja tersebut adalah Koperal Zainodin Omar dari SJ Temengor dan Koperal Fairoz Latip dari SJ Jor Cameron Highland.Mereka dicolankan oleh Ketua Jabatan atas komitmen mereka terhadap kerja kerja hakiki dan hubungan baik mereka dengan pelanggan pelanggan TNB mahupun dari dalam dan luar.
Dengan penganugerahan tersebut akan menjadi pembakar semangat kepada rakan sekerja yang lain supaya dapat bersaing dengan sihat walaupun dari apa jua Jabatan didalam TNB .
(laporan dari - ABMY.)
KPL. FAIROZ B. LATIP
P/ 10070767
SJ
KPL. ZAINODIN B. OMAR
P/ 10070621
SJ Temenggor