Tarikh Dan Masa Hari Ini

SALAM SEJAHTERA & SALAM PERUNIKA ANDA ADALAH PENGUNJUNG BLOG YANG KE

counter

Madah Semangat & Disiplin

"Air kalau mengalir tanpa saluran atau parit, ia akan melimpah dan memusnah. Begitulah semangat kalau tidak ada displin dan tidak terpimpin ia akan merosakkan dan memusnahkan."

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI PERUNIKA TNB NEGERI PERAK



Assalammualaikum W.M.T & Salam Sejahtera Serta Salam PERUNIKA kepada semua...


Segala Puji-pujian hanyalah layak bagi Allah S.W.T kerana dengan Rahmat dan Kasih SayangNYA dapat kita menikmati keindahan alam yang teramat indah ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta para Sahabat & Keluarga Baginda kerana dengan keberkatan dan perjuangan Baginda dunia ini bercahaya dengan sinar Ilmu Iman & Islam hingga ia kekal ke hari ini.

Salam Perunika di ucapkan kepada semua Ahli-ahli Perunika yang sudi meluangkan masa melawat blog yang di bina ini bagi menyambung kesinambungan langkah-langkah usaha membela ahli persatuan dalam membentuk serta mengorak langkah ke hadapan bagi mengharungi cabaran pada masa akan datang dalam dunia yang serba mencabar kini.

Langkah membina laman blog ini
di anggap positif kepada ahli supaya dapat mengetahui segala aktiviti serta perancangan Persatuan ini bagi menghadapi pelbagai situasi dalam menaikkan imej Perunika di dalam TNB.

Saya dengan ini mengarapkan ahli dapat menafaatkan blog ini sebagai wadah pengetahuan IT dan perancangan masa depan serta hala tuju Perunika. Matlamatnya adalah untuk mencari kecemelangan dan kejayaan serta kemantapan dalam halatuju Perunika. Malah saya berharap akan ada komen, cadangan serta luahan yang membina dapat di salurkan di blog ini agar kita sama-sama memperbaiki s
egala kelemahan yang ada antara kita dalam persatuan.

Akhir kata dari saya sebagai Pengerusi Perunika TNB Negeri Perak merakamkan jutaan
Terima kash atas sokongan dan dorongan serta kerjasama semua pihak dalam melantik saya menerajui barisan kepimpinan Perunika negeri ini. Tak lupa juga kepada Unit KGN Negeri Perak , KG SJSAS Manjung , Unit KG Hydro Sg.Perak & semua yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung didalam Persatuan.

Yang baik itu kita sebar-sebarkanlah dan sebaliknya kita lupa-lupakanlah agar bumi Allah ini aman dan harmoni insya Allah

" WE'VE GOT THE POWER-To serve, to deliver, to excel"


Sekian

Wassalam



Hariri b Kamaruddin
PENGERUSI PERUNIKA TNB
CAWANGAN NEGERI PERAK
;

BARISAN PENUH KEPIMPINAN PERUNIKA NEGERI PERAK BAGI TAHUN 2010 / 2012

PENGERUSI KEHORMAT
Hariri bin Kamaruddin ( Lubuk Merbau )

NAIB PENGERUSI
Suhaimi bin Ibrahim ( Ulu Kinta )

SETIAUSAHA KEHORMAT
Muhamad Radzuan bin A.Rashid ( SJSAS Janamanjung )

PENOLONG SETIAUSAHA
Zorani bin Abdullah ( ibupejabat Lahat )

BENDAHARI
Nordin Bin Mohammed ( SJSAS Janamanjung )

PEGAWAI PERHUBUNGAN / KEBAJIKAN
Wan Azemin Bin Wan Husin ( TNBD Kampar )

PEGAWAI SUKAN / SOSIAL
Amran Bin Basir ( SJSAS Janamanjung )

JAWATANKUASA-JAWATANKUASA
Mohd Noh Bin Bidun ( S.J Temenggor )
Ar-Alhan Bin Abudin (Ibu Pejabat Ipoh)
Thuraisamy A/L Kandasamy PPT,PJK ( Taiping )
Zanian bin Ismail ( Ipoh )
A.Radzis bin Jaafar ( SJ.Cameron Highlands )
Tajul Amiruddin bin Tajul Ariffin ( SJ.Kenering )
Abd Hadi bin Taib ( PMU Ayer Tawar )

;

KENDERAAN POLIS BANTUAN TNB

KENDERAAN POLIS BANTUAN  TNB
KENDERAAN UNIT SIASATAN

POLIS BANTUAN

Penubuhan Polis Bantuan adalah mengikut Bahagian IX, Akta Polis No. 41/67 dan Peraturan – Peraturan ( Polis Bantuan ) Polis 1970 (P.U.(A) 461 sbertarikh 21 hb Disember 1970 )

Terdapat 22 agensi Polis Bantuan di Kontinjen Kuala Lumpur terdiri daripada Jabatan-Jabatan Kerajaan, Badan – Badan Berkanun dan Sektor Swasta seperti berikut :-

Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

Telekom Malaysia

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB)

Uda Holding

Semasa Sentral

Petronas

Felda Security

Utusan Melayu (M) Berhad

Pos Malaysia Berhad

Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Kementerian Penerangan

Bursa Malaysia (BSKL)

Puncak Niaga Sdn. Berhad

Persada Sungai Besi (AADK)

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Rapid KL

Maju Holding Sdn. Berhad

Astro

Keretapi Tanah Melayu Berhad


Objektif penubuhan Polis Bantuan adalah seperti berikut :-

Memberi khidmat Polis ke kawasan – kawasan di mana liputan Polis tidak berkesan

Membolehkan pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di Jabatan –Jabatan Kerajaan , Badan-Badan Berkanun dan Sektor Swasta mempunyai kuasa-kuasa Polis serta membolehkan mereka membawa senjatapi semasa melaksanakan tugas-tugas di dalam kawasan yang ditentukan.

Sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

CARTA PERUNIKA TNB PERAK

Isnin, 8 Februari 2010

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG PERINGKAT JABATAN PERKHIDMATAN KORPORAT


Pada 20 Januari yang lalu dua anggota kerja dari JPK&R Hidro telah menerima penganugerahan pekerja cemerlang bukan eksekutif (bukan tekninal) bagi tahun 2008/2009 diperingkat Bahagian Perkhidmatan Korporat yang berlansung di Komplek Sukan TNB Ibu Pejabat sempena Majlis Perhimpunan Wargakerja Bahagian Perkhidmatan Korporat bersama Pengurus Besar kanan Perkhidmatan Korporat.

Anggota kerja tersebut adalah Koperal Zainodin Omar dari SJ Temengor dan Koperal Fairoz Latip dari SJ Jor Cameron Highland.Mereka dicolankan oleh Ketua Jabatan atas komitmen mereka terhadap kerja kerja hakiki dan hubungan baik mereka dengan pelanggan pelanggan TNB mahupun dari dalam dan luar.

Dengan penganugerahan tersebut akan menjadi pembakar semangat kepada rakan sekerja yang lain supaya dapat bersaing dengan sihat walaupun dari apa jua Jabatan didalam TNB .


(laporan dari - ABMY.)




KPL. FAIROZ B. LATIP

P/ 10070767

SJ JOR Cameron Highland




KPL. ZAINODIN B. OMAR

P/ 10070621

SJ Temenggor


Tiada ulasan:

Catat Ulasan