Gerik – 19 Disember 2009, Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat (Tuan Hj Md Jailani Abas) telah mengadakan lawatan ke Hulu Perak sempena Kejohanan Badminton Zon Tengah anjuran Perunika bertempat di Komplek Sukan Lawin Gerik, Perak
Turut hadir bersama beliau ialah Pengurus Besar Jabatan Perkhidmatan Keselamatan dan Risikan dan beberapa orang lagi Ketua Gerakan Negeri. Mereka disambut oleh Ketua Gerakan Hidro Perak serta beberapa pegawainya selaku tuan rumah.
Beliau turut dibawa melawat ke beberapa Stesen Janaelektrik yang ada dibawah jagaan Ketua Gerakan Hidro seperti Stesen Janaelektrik Cenderoh (SJC), Stesen Janaelektrik Kenering(SJK), Stesen Janaelektrik Bersia (SJB) dan Stesen Janaelektrik Temenggor(SJT).
Beliau turut merasmikan penutupan pertandingan badminton zon tengah yang disertai oleh tiga negeri iaitu Kontinjen Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat), Kontinjen Selangor dan Kontinjen Perak.Dalam perlawanan itu Kontinjen Wilayah Persekutuan menjadi johan,Selangor naib johan dan Perak tempat ketiga.Wilayah Persekutuan akan mewakili Zon Tengah untuk bertanding keperingkat akhir.
Beliau turut menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menang dan berjumpa dengan para pemain, sebelum majlis selesai sedikit jamuan minum petang dihidangkan untuk semua yang hadir termasuk para pemain dan urusetia pertandingan. ._ABMY
tahniah pasukan badminton negeri perak yang mendapat tempat ke-3 dalam perlawanan zon tengah yang lepas....tingkatkan usaha banyakkan lg latihan agar perlawanan yg akan datang lebih sengit...indah kalau dimasukkan juga gambar rakan kita dari negeri lain yg terlibat dalam perlawanan tersebut....tq
BalasPadam